Punca Jeragat di wajah
Punca terjadinya jeragat adalah agak kompleks untuk dikenalpasti secara tepat. Namun, antara punca mungkin penyebab jeragat yang diketahui umum adalah termasuk:
1) Latarbelakang salahsilah keluarga – mewarisi genetik dalam kalangan susur galur ahli keluarga yang mengalami masalah jeragat turut membawa kemungkinan potensi risiko yang sama kepada generasi baru
2) Terdedah kepada sinaran matahari terik terlalu lama – radiasi sinar UV mengaktifkan tindakbalas pengeluaran melanin secara berlebihan, menambahkan lagi kesan pigmentasi secara mendalam pada kulit
3) Wanita mengandung – disebut chloasma iaitu petanda biasa melasma akibat pigmentasi kerana proses perubahan hormon. namun akan pudar selepas beberapa bulan kelahiran bayi
4) Rawatan hormon – pengambilan pil hormon yang mengandungi oesrogen atau progesteron atau kaedah pencegahan kehamilan seperti pil perancang, penggunaan alat intrauterin dan implan
5) Tindakbalas phototoksik – akibat reaksi alergi terhadap kaedah perubatan tertentu (seperti terapi kanser), penggunaan sabun dan peralatan kosmetik beracun atau berbahaya
6) Hypothyroidism – aktiviti tidak terkawal kelenjar thyroid menyebabkan ketidakstabilan kitaran hormon thyroid dan mengaktifkan pigmentasi
Rajah menunjukkan peringkat jeragat yang berlaku pada kulit.
Beauty with brains
Syazila (019-777 3099)
Independent Beauty Consultant
https//m.facebook.com/bcjohor/
COD JB dan Kluang
Postage available
No comments:
Post a Comment